Friday, March 18, 2011
Sirius Mendekati Bumi
Bintang tercerah di langit, Sirius, yang terletak di Buruj Anjing Besar (atau nama astronominya Canis Major), bergerak mendekati Bumi sekadar 6 kilometer sesaat atau 160 juta kilometer setahun. Dalam masa satu alaf lagi, bintang yang dipanggil al-Syi`ra oleh orang Arab purba ini (dan disebut di dalam al-Quran, surah 53 (An-Najm), ayat 49) akan menjadi lebih dekat sebanyak 1/60 tahun cahaya dari jaraknya kini iaitu 8.6 tahun cahaya. Justeru, kedudukannya di langit berubah sedikit (kalaulah kita dipanjangkan umur hingga seribu tahun lagi untuk menyaksikan perubahan ini!). Demikian maklumat yang kuperoleh dari buku "A Dipper Full of Stars" oleh Lou Williams Page (1964).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment